~ Mudahnya menjaga Batik Sutera kesayangan anda! ~
Di sini ada beberapa panduan @ extra tips yang
berkesan dalam menjaga dan memastikan Batik Sutera yang anda sentiasa cantik,
lembut dan berkualiti;
1. Tidak boleh membasuh Batik Sutera dengan mesin basuh
2. Cukup hanya dengan merendam selama 1 jam di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit krim mandian. Penggunaan fabric conditioner @ pelembut fabrik adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menyebabkan Batik Sutera mudah menjadi keras & berkedut.
3. Kemudian bilas dengan air bersih dan terus menjemur di ampaian.
1. Tidak boleh membasuh Batik Sutera dengan mesin basuh
2. Cukup hanya dengan merendam selama 1 jam di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit krim mandian. Penggunaan fabric conditioner @ pelembut fabrik adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menyebabkan Batik Sutera mudah menjadi keras & berkedut.
3. Kemudian bilas dengan air bersih dan terus menjemur di ampaian.
4. Jangan menjemur Batik Sutera dibawah sinaran matahari kerana warna & teksturnya akan lebih mudah terjejas.
5. Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda. Semburkan dgn air semasa menggosok untuk memudahkan lagi menggosok Batik Sutera.
FAKTA DAN ELEMEN PENTING DALAM PENJAGAAN BATIK SUTERA ANDA!
Yang Perlu Anda Buat:
- Direndam di dalam air suam bersuhu 30-50C.
- Boleh juga menggunaka syampu bayi (saranan 3 sudu makan : sebaldi air).
- Semasa membilas, pastikan pH air berkeadaan asid/alkali (pH 6/8). Ini akan menjadikan sutera anda lebih lembut dan bersinar.
- Saranan: campurkan garam dan perahan limau pada bilasan terakhir anda.
- Pelembut kain juga boleh digunakan tetapi dalam jangkamasa 10-15 minit sahaja.
- Gantungkan jauh dari sinaran terus cahaya matahari.
- Panaskan seterika mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera. Kain tidak boleh terlalu kering dan tidak terlalu lembap apabila diseterika.
- Petua: Masukkan sutera anda ke dalam peti sejuk 15 minit sebelum diseterika. Hasilnya, menggosok lebih mudah dan kain kekal berseri.
- Gantung dengan penyangkut baju dan selubungi dengan pembalut pakaian khas untuk sutera. Ini bagi mengelakkan serangga-serangga yang gemar hinggap pada sutera akan merosakkannya.
Yang Tidak Perlu/Jangan Anda Buat:
- Jangan direndam terlalu lama. Maksimum 30 minit sahaja.
- Elakkan sama sekali serbuk pencuci.
- Elakkan sama sekali penggunaan berus.
- Elakkan sama sekali penggunaan agen peluntur. Ini akan mereputkan sutera anda.
- Jangan memerah sutera anda. Ini akan merosakkan aluran benangnya.
Pantang:
Fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan
spirit atau alcohol. Ini bermakana elakkan menyembur terus minyak wangi ke atas
sutera anda! Semburan pewangi beralkohol akan menyebabkan sutera berkedut dan
sekali berkedut ia tidak akan kembali ke asal lagi.
No comments:
Post a Comment